Friday, June 11, 2010

Aktiviti Prasekolah

Konvokesyen Prasekolah 2009


Pembelajaran bermula seawal 5 tahun

SELAIN memperkukuhkan program prasekolah, kerajaan turut menimbang untuk mengurangkan umur persekolahan formal daripada enam tahun kepada lima tahun pada akhir Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK10) dan ia tertakluk kepada kemampuan kerajaan. langkah itu akan meningkatkan akses kepada pendidikan formal ke arah memperkasakan pembangunan awal kanak-kanak. Penyertaan kanak-kanak berumur antara empat hingga lima tahun di peringkat prasekolah akan dipertingkatkan daripada 67 peratus pada 2010 kepada 87 peratus pada 2012.